Pertandingan Ping Pong Peringkat PPD Pasir Mas 2012 berlangsung di SK To' Uban pada 8-9 Feb. 2012. Penyertaan SKTU buat julung kalinya ternyata tidak sia-sia kerana 2 orang pemain iaitu Aidiel Aiman & Syafiq Zikry telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir & menempatkan diri dalam kumpulan 8 pemain terbaik. Kedua-dua pemain SKTU hanya tewas kepada pemain yg lebih berpengalaman & sudah pun mempunyai ranking teratas negeri Kelantan. Syabas dan tahniah kpd semua pemain SKTU, jurulatih, barisan pentadbir terutama sekali PK Ko Ustaz Shamsu Anuar, GB Cikgu Arif dan semua guru yg terlibat dlm mencipta kejayaan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan